Monday, March 9, 2009

...sebuah kisah benar tentang pengalaman seorang sahabat..moga dapat diambil iktibar..

AKU YANG PERNAH BERGELAR GURU A.K.A SIR

‘Lan, Mama dah carikan kerja untuk hang. Jadi cikgu kat sekolah kawan Mama. Mau?’ tanya mak aku semasa kami dalam kereta, pulang ke Kedah dari kolej setelah aku tamat belajar di situ sekitar tahun 2004.

Aku memandang kosong ke luar tingkap kereta. Warna merah senja masih lagi di langit, belum pudar. Cantik!

‘Ma, malaih lah. Kalau boleh oghang nak gheja macam adik, jadi maintainer kat kelab bowling kat City Plaza tu. Best sket,’ aku menjawab malas sambil mataku menjeling adikku di sebelah.

Fikirku, bolehlah kami keluar petang ke tempat kerja, dan balik awal pagi. Sambil-sambil tu bolehlah merewang ke tengah-tengah bandar Alor Setar sebelum balik ke rumah. Bila lagi?

‘Hang jangan nak menggatai. Mama dah habaq dah kat Cikgu Cek Puteh. Esok lusa hang pi daftaq kat sekolah tu,’ mak aku membantah.

‘Laa..ingatkan nak bagi option tadi. Rupa-rupanya arahan mandatory,’ cetus hati aku.

Merah senja di luar tingkap makin pudar. Lebuh raya PLUS nampak kosong. Seperti fikiran aku yang kosong.

Apa aku nak buat kat sekolah tu nanti? Dah la kena mengajar Bahasa Inggeris. Tingkatan 4 ngan 5 plak tu. Sastera lagi. Mampoih. Hati aku terus merungut tak puas hati. Tapi apa boleh buat, arahan mandatory.

Habis takat tu..

Bermula episod diri aku diberi peluang mengenali sendiri apakah erti perjuangan memartabatkan anak bangsa dari kaca mata seorang guru, yang dikerah mendidik pelajar luar bandar. (kalau boleh aku katakan, sekolah

Yang aku pergi ini adalah sekolah yang lagi luar daripada luar bandar. Maknanya sangat sangat terpencil).

Aku menjadi cikgu ganti, menggantikan seorang guru lain yang cuti bersalin. Dan sekali sekala aku masuk ke kelas-kelas tingkatan yang lain, menjenguk apa yang pelajar-pelajar di sana sedang buat sewaktu ketiadaan guru.

Biar aku ceritakan...

Episod 1:

Biasalah, sesi perkenalan menjadi modal utama untuk cikgu baru macam aku untuk skip hari pertama daripada kena mengajar. Ni yang berlaku di sebuah kelas tingkatan 5 Sains 1.

‘Ok class, My name is Azlan. Your new English teacher here, for 2 months..bla..bla..bla. Now I would like to know each of you before I begin my lesson. Please state your name, ambition and where u are from. Ok, let us start from you on the right.’

‘Err, sir. Saya tak pandai cakap Inglis. Bahasa Melayu boleh dak?’

Aku jawab, ‘Cuba, takpa salah pun. Saya pun bukan pandai cakap Omputih.’

‘I is Syahrul. Yang lain saya tak gheti sir.’

‘Ok takpa, teruskan. Saya tanya tadi cita-cita dan tinggai kat mana.’

Dalam hati ‘Mampoih, macam mana aku nak mengajaq dalam BI ni? Kalau kelas 5 sains 1 pun tak berapa gheti BI?’

Episod 2:

Ada satu hari tu, aku kena masuk ke kelas tingkatan satu. Cikgu yang sepatutnya berada dalam kelas tu tak datang. Sekali lagi, sesi berkenalan, sebab aku memang tak disuruh mengajar pun.

‘Nama saya Cikgu Azlan. Saya masuk mai ganti cikgu Sharifah. Saja nak berkenalan dengan kamu semua. Soghang-soghang bangun dan habaq nama dgn cita-cita. Hah kamu, mula’.

‘Nama saya Rosdi. Cita-cita nak jadi..emm..perbaik gheta. Pak saya ada kedai pomen gheta kat pekan’.

‘OK takpa, kamu.’ Aku menuding pada seorang pelajar yang berdiri di pintu, gaya macam nak lari keluar dari kelas.

‘Saya?’ ‘Namaku Nazim. Cita-citaku nak jaga lemu pak ku (memang disebut LEMU, bukan lembu). Jawab Nazim serius dalam loghat Kedah hulu yang pekat. Lembu pun kedengaran lemu. Saya diganti dengan ‘Ku’, bahasa diri kebiasaan bagi orang-orang kampung kat tempat aku.

‘Sebab apa nak jaga lembu?’

‘Ku tak tau dey. Pak ku banyak Lemu. Dia pun dok sughuh ku jaga lemu dia’.

‘Oo, ya ka?’. Aku menyetujui kata-katanya.

Dalam hati..bertuah betul orang bandar. Anak-anak semuanya bercita-cita tinggi. Nak jadi doktor..saintis. Paling koman pun Polis. Tapi kat sini, cukuplah kalau boleh warisi apa yang bapak depa ada. Mungkin depa ni masih naive. Tapi kalau dibandingkan dengan anak Bandar yang sebaya, depa ni jauh naive. Seolah-olah tiada langsung cita-cita.

Dan memang benar, pelajar-pelajar di sini memang datang ke sekolah bukan kerana ingin belajar. Tetapi kerana ingin berjumpa kawan-kawan. Itu sahaja dorongan mereka utk terus berada di sekolah dari jam 7.30 pagi hingga jam 2 petang. Dan peluang daripada kedatangan mereka ke sekolah itulah yang digunakan oleh guru-guru untuk menumpahkan ilmu yang sedikit buat bekalan anak bangsa ini. Lalu, bagaimana ingin mempunyai cita-cita?

Episod 3:

Aku diberi amanah untuk menanda kertas peperiksaan Bahasa Inggeris dan English in Science and Technology (EST). Tingkatan 4 dan 5. Untuk tingkatan 4, semua fail untuk 2 mata pelajaran yang aku tandakan tu. Untuk tingkatan 5, ada seorang 2 sahaja yang lulus atas pagar untuk EST. Untuk Bahasa Inggeris, ramai jugak yang lulus. Tetapi sekadar lulus. Tak lebih dari itu. Itu pun, aku kena jadi seorang pemeriksa yang sangat bermurah hati.

Bila ditanya kepada guru-guru lain tentang perkara itu, ‘Hah, besa la tu. Budak-budak sini bukan gheti BI. Lepa (Depa/mereka) bukan mau pun belajaq BI. Sabit tu (sebab tu) kalau hang tengok budak-budak yang ambik Sains dgn Math dalam BI kat sekolah ni semua tak luluih. Habuk pun takdak,’� kata seorang cikgu lelaki, sambil menghisap rokok daun yang digulung sendiri, sewaktu kami bersembang di kantin.

‘Kalau dulu, waktu dua-dua subjek ni lepa ajaq dalam BM pun student tak pandai. Ni pulak nak mengajaq dalam BI. Punah anak bangsa hang tau dak, Azlan. Lepa ni orang kampung. Satu hapa pun depa tak gheti. Lagi nak suruh belajaq dalam BI. Apa punya otak pun aku tak tau,’ sambung cikgu itu dalam nada kesal bercampur geram. Ada juak-juak meluat di mukanya.


‘PUNAH ANAK BANGSA’..terngiang lagi perkataan tu dalam fikiran aku sampai sekarang.


Episod 4:

Satu hari tu, aku masuk mengajaq BI kat dalam kelas tingkatan 4 Perdagangan. Ada 4 orang pelajar lelaki sewaktu aku sedang mengajar di depan, depa dok berkumpul 4 orang dalam satu bulatan kat belakang.

‘Tu kat belakang, hangpa tengah buat apa tu?’�

Aku dah tak cakap Inggeris lagi dah dalam kelas (Pelik kan. Mengajar bahasa inggeris dalam Bahasa Melayu. Tapi apa boleh buat... Payah. Susah. Kesian dengan mereka yang tak faham apa-apa.

Ada budak lain yang tolong jawabkan soalan aku tu, tapi dalam keadaan yang separuh berbisik, ‘Depa tengah main Sing-Kong Sir’.

‘Menatang apa tu?’ aku bertanya kehairanan.

‘Judi’(Sing-kong: lambung duit syiling, pastu pakat-pakat teka kepala ka ekoq. Sapa betoi dia dapat duit syiling tu).

‘Budak-budak kat belakang, baik hangpa berenti sebelum saya panggil PK HEM. Kalau tak mau belajaq, Hangpa dok diam-diam kat belakang. Tidoq!’ tegas aku dalam nada separuh bengang.

‘Ok sir,’ jawab seorang dari mereka dalam keadaan senyum. Aku hanya mampu geleng kepala dan teruskan pengajaran ‘Mari Mengenal Bahasa Inggeris’.

‘Ok kelas, kalau ‘I’ padan dengan ‘am’. I am’.

‘Kalau ‘he’ atau ‘she’ yang maksudnya Dia, padan dengan ‘is’. He is’.

Itu antara situasi-situasi yang berlaku di luar bandar. Ops, di luar lagi daripada luar bandar. Sekolah tempat aku mengajar tu, ada antaranya pelajar Siam. Memang di utara Kedah ramai orang Siam dan anak-anak mereka ini dihantar ke sekolah-sekolah kerajaan, macam juga orang melayu.

Sedikit pengalaman manis:

‘Sir, awat cepat sangat sir mengajaq kat sini? La ni baru kami rasa seronok sikit belajaq English’.

‘Sir. Lepaih sir keluaq dari sekolah ni, saya malaih mai sekolah lagi dah.Tak best dah lepaih nih’.

‘Sir, nanti kalau sir dah pi obersi, jangan lupa hantaq gambaq sir kat kami naa. Kami nak pi mesti tak buleh punya. Tengok gambaq sir main salji pun kami dah rasa best. Sir jangan lupa naa’.

‘Sir, nak ambik gambaq dgn Sir. Nanti takdak la kami teringat selalu kat sir’.

‘Ni sir, hadiah daripada kami. Kami share duit ramai-ramai ni sir’.

Menitis air mata aku bila aku bukak kotak hadiah tu, hadiahnya hanyalah sebuah jam loceng yang baru semalam aku nampak ada dijual di pecan sehari, harganya hanyalah sekitar RM2.

‘Sir, ni ada sorang budak dia lukih gambaq sir. Tapi dia malu nak Bagi sendiri kat Sir’.’Mana dia?’ aku tanya kembali. ‘Dia tak mau mai sekolah hari ni. Dia sedih’.

‘Ok kelas, hari ini hari last saya ajaq hangpa kat sini. Insha Allah Kita jumpa lagi. Kalau sapa-sapa nak kontek saya, saya bagi alamat emel. Kalau ada yang pi CC (cyber cafe) kat pekan tu nanti, tulih la emel kat saya. Tulih dalam bahasa Inggeris tau. Biaq salah pun takpa. Kalau dak, saya tak mau layan’.

Dan sehingga ke hari ini, memang ada yang menulis pada aku, tapi dalam BI yang dhaif. Takpalah, semangat kalian aku hargai.

KESIMPULAN MENGENAI SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA...???



No comments:

Post a Comment