Tuesday, March 10, 2009

Dandelion Putih

Menjalani rotation Palliative Care memang lain daripada yg lain. Jika Cardiovascular Module dan Acute Care Module dipenuhi dengan doktor-doktor yg bergegas ke sana ke mari mencuri masa yang dirasakan tak pernah cukup, ditambah dengan pesakit yg perlu didatangi dengan segera untuk diambil darah, dicuci ulcer [baca: debridement] atau pun diusung ke wad atau ke bilik bedah tanpa lengah [baca: operation theatre], suasananya memang seperti langit dengan bumi.

Palliative care membawa saya ke suatu alam yang sunyi, tenang malah setiap butir kata yg dituturkan oleh doktor dengan doktor atau doktor dengan pesakit sungguh lemah lembut seumpama kuntum bunga dandelion putih yang terbang ringan ke mana jua arah yang dibawa bayu. Sepoi-sepoi bahasa. Sayu.

Sungguh, jika mahu mengenal nilai setiap saat yang ada dalam hidup insyaAllah Palliative care boleh membantu anda. Sesi mengunjungi pesakit [baca: ward round] pertama di Palliative care membawa saya menemui wajah-wajah tabah yang seakan ada kekuatan dari dalam yang dipegang utuh tanpa mahu dilepaskan.

Seorang pesakit lelaki awal 50-an, tidak merokok, tidak minum alkohol, tinggal berseorangan dan bekerja sebagai seorang petani [baca: farmer] telah didiagnos dengan Stage IV Prostate Cancer with Bone Metastasis and concurrent Farmer's Lung. Jika minggu sebelumnya dia dikatakan kelihatan seumpama sudah tiada harapan lagi, kini dia dilihat sungguh ceria dengan sinar kesabaran terpancar dari matanya.
"I'm not giving up, i'm never going to give up"
Kata-kata itu menyelinap masuk ke sanubari saya tatkala mendengarkannya, subhanallah betapa kuat insan ini. Sesungguhnya dengan qada' dan qadar Allah Dia jugalah yang menyuntikkan kesabaran dan Dia jugalah yang menarik balik segala nikmat yang pernah dianugerahkan. Justeru setiap detik yang ada dan setiap waktu yang tersisa tidak seharusnya kita biarkan berlalu tanpa guna, kerana masa depan kita belum tahu hujung cerita.
"Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu. Maka Maha Suci [Allah] yang di tangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNya kamu dikembalikan"

[Yasin, 36:82-83]



"Katakanlah, "Siapakah yang dapat melindungi kamu dari [ketentuan] Allah jika Dia menghendaki bencana atasmu atau menghendaki rahmat untuk dirimu?" Mereka itu tidak akan mendapatkan pelindung dan penolong selain Allah."

[Al-Ahzab, 33:17]


-Nurul.Iman-

1 comment:

  1. i've changed my mind about palliative medicine since working..i kind of disagree with them..
    it's all about getting rid of the pain..'keep patient comfortable'.. give them loads of morphine till the moment they pass away...the more i kno about them, the more i think they make patients die faster..that is my personal opinion, plus few colleagues of mine...

    ReplyDelete